Make your own free website on Tripod.com

            Sejarah Sekolah        

 

 

 

Penubuhan Sekolah Tanjung Kenara merupakan salah satu bukti kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang berlandaskan Laporan Razak 1959. Sekolah Alam Shah ialah sekolah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan 6 sebagai persediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Penubuhan sekolah ini yang bermula secara rasmi pada tahun 1963 merupakan satu kebanggaan kepada bangsa Melayu pada ketika itu kerana menjadi titik tolak permulaan sukatan pendidikan aliran Melayu.

Pembinaan sekolah ini dimulakan pada tahun 1961 dan hanya siap menjelang akhir tahun 1962 dengan menelan belanja lebih kurang RM 3 juta. Pada 7 Februari 1963 barulah sekolah ini memulakan sistem persekolahan apabila menerima kumpulan pertama pelajarnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 hingga 6 Rendah, termasuk 8 orang pelajar puteri. Pengambilan pelajar-pelajar puteri ditamatkan pada tahun 1972 manakala pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 1 dimulakan pada tahun 1974. 

(courtesy of SAS website)